Wednesday, February 28, 2018

Happy Belated Birthday to Me

In case sesiapa terlepas, birthday aku semalam ya 27 hb Feb . So kalau ada sesiapa nak bagi hadiah ke nak belanja makan boleh sampai hujung tahun =). Promosi sepanjang tahun gitu.

Aku tak terasa pun macam sambut birthday, entah la mungkin dari dulu kut jenis tak eksited mana.Cuma ada la hari aku rajin belanja orang, takpun belikan hadiah untuk diri sendiri.Aku pun nyaris lupa actually sampai la tiba tiba whatsapp group wish dekat my x-colleague..birthday dia jatuh 26hb Feb .Bila aku baca jer whatsapp tu , 'ehh besok birthday aku.'

Hari ni 28 hb birthday member aku pula.Ehh banyak pulak orang birthday bulan Februari.

Aku jarang kira umur aku termasuk la famili member.Tarikh birthday pun aku selalu lupa.Yang aku tau aku lahir 1982. Actually boleh tak aku mati mati ingat aku umur 38 untuk beberapa bulan, sampai tiba-tiba baca post member sambut birthday yang 36 ,baru aku tersedar aku 36 . Haha.

Bagi aku tua atau muda tak penting.Yang penting how we use our time and health.Kalau nak compare aku dengan aku yang muda dulu, I do a lot of thing now.Masa muda banyak buang masa, ye lah dah rasa muda kan.

Umur ni bila kau rasa kau tua, tapi bila kau jumpa orang yang lagi tu diorang akan cakap takpelah muda lagi.Masa aku kat Australia, host tu cakap kat aku, 'how wonderful it is because you are so young and yet you know a lot of things'  , well dia assume aku muda.He he he.

Aku belajar yang setan ni antara tipu daya dia menggunakan umur.Kau muda kau rasa ya banyak masa, boleh buang sebanyak banyaknya.Dan bila kau tua, dia akan bisikkan,kau dah tua tak boleh buat itu dan ini.So kena kuatkan semangat jangan tertipu.

Guna masa untuk memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Mulakan perkara kecik-kecik.

Bila kita fikir guna masa untuk perkara berfaedah, kita selalu tunggu benda benda besar, contoh volunteer kat special place, travel atau ceramah.Yang sedihnya masa senggang kita banyak habis kat handset.

Kita terlupa bangun awal tolong mak tu benda berfaedah.Bersihkan bilik tidur tu perkara berfaedah.Masak untuk diri sendiri dan siap jamu member tu benda berfaedah.Baca quran satu ayat setiap pagi benda berfaedah.Buat baik dekat famili dan kawan-kawan perkara faedah.Benda berfaedah tak semestinya benda yang gempak atau benda yang kau boleh post dalam insta.

Kadang-kadang kita tak fokus dekat tugas harian sebab terlampau fokus untuk cantikkan gambar kat media social.Benda ni kena fikir sendiri, aku sendiri bila reflect masa banyak habis kat handset.Dan kita tend to judge ohh kalau tak post kat insta tu maknanya tak buat.So semua benda nak kena post, aku tak terkejut kalau sikit hari lagi , gambar pad untuk first day period pun postkan kat insta.Ke dah ada? Apa pun terpulang pada niat dan juga berapa % masa dihabiskan untuk media social.

Rugilah umur panjang tapi dibuang dekat alam virtual.Nanti kita mati, belum tentu yang virtual tu nak datang uruskan jenazah kita.Diorang tolong viralkan jer.

Lagi satu, aku bersyukur sangat Allah bagi kesihatan yang baik dan kekuatan boleh buat banyak benda.Benda ni tak bergantung usia tau.Emak aku bangun awal pagi settlekan task lebih banyak dari anak anak dia.Padahal anak dia semua dah besar.

Anak yang muda muda bangun lambat, masa yang ada asyik layan Running Man lah, scroll Facebook.Yang tua siap berkebun bagai , by the time malam boleh pula spend masa kat masjid.

Masa ni kalau kita guna untuk perkara berfaedah, lagi banyak Allah akan bagi kesempatan kat kita maka lagi banyak perkara yang kita boleh buat dalam masa sedikit.Aku compare rutin aku yang membuang masa dan tak.Memang nampak sangat.

Contoh, kita selalu nak squeeze perkara perkara yang kita rasa penting waktu kerja.Contoh,solat dhuha. Lepas tu merungut tak cukup masa sebab conflict dengan waktu kerja.Try solat dhuha waktu weekend, sebab weekend dalam kawalan kau.Sama juga jogging.Asyik merungut takleh jogging sebab kerja banyak.Maka gunakan waktu weekend tu untuk perkara perkara yang berfaedah.InshaaAllah nanti waktu kerja pun akan dilapangkan.

Konsepnya gini... kalau nak ajar anak berjimat korang akan bagi duit banyak banyak selonggok ker atau sikit sikit dulu.Aku pasti korang akan bagi sikit-sikit dulu, tengok cukup ke tak.Kalau tak cukup baru tambah lagi.Samalah macam masa.Kalau waktu weekend yang dua hari pun kita asyik buat perkara yang tak faedah, maka bersyukurlah sebab Allah bagi kerja tetap lima hari 9-5 sebab aku sangat confident kalau Allah tak buat macam tu, masa yang lima hari tu pun kita buang jugak.Elok sebelum ni kita dah buang masa dua hari weekend, terus tujuh hari.Bala tu.

Ni konsep yang aku try sendiri. Although aku work from home, aku still bangun awal sama macam orang lain.Malah walaupun aku masuk lambat kat office sebab waktu aku flexi, aku still bangun awal macam orang nak masuk office pukul lapan pagi.Kecuali kalau aku period, waktu period adalah waktu yang still lagi struggle.Please doakan aku for this.

Bila aku jaga masa, aku notice masa tu makin banyak diberi untuk aku.Bila aku cakap jaga masa ni , termasuk juga jaga masa orang lain.Jangan buat orang menunggu lama-lama, itu maknanya kau curi masa orang.Kalau jenis lambat, bagitau dekat orang siap-siap so diorang boleh allocate time untuk perkara lain yang berfaedah instead of tunggu kau.Memang nampak macam ahh tak per orang tunggu aku, tapi aku tak rasa perkara perkara tu disukai Allah.So hati hati dengan prinsip hidup.Mak bapak aku punya prinsip , biar kita tunggu orang jangan orang tunggu kita.

Tapi aku punya prinsip, kalau aktiviti tu selalu buat aku tunggu lama-lama, maknanya priority untuk aku takde, termasuklah priority untuk aktiviti tu. Kadang aku merungut juga, kawan aku cakap - cuba kau letak mamat handsome ke , cuba tengok orang yang selalu datang lambat ni still nak datang lambat ke? Contoh, kita rasa interview tu penting, so kita sanggup datang sejam awal.Malah kalau kita rasa kita terlambat sepuluh minit pun kita call interviewer.

Just share itenari aku hari ni,hari lain lain pula ya.Please note that aku tak tengok jam kecuali masa bangun tidur jer.Aku terus proceed jer dengan routine.

6.10      : Solat Subuh, baca Quran satu muka surat , baca mathurat
7 lebih  :  Workout - video untuk kempis kan perut dengan 30 min. yoga
             : Buat breakfast
             :Mandi
            :Breakfast sambil update blog
            :Upload blog dan terus login dan buat kerja insyaAllah pukul 6 petang baru keluar. Selalunya  terbabas.Korang note lah pukul berapa post ni publish.

semalam aku try Starbuck cranberry chicken sandwic.So pagi ni aku buat.Ayam aku dah racik siap siap malam tadi.Lagi mewah dari Starbuck sebab ada timun dan tomato.


Dah bye, nak masuk kerja.

love,
unid